Cara Menjawab Soalan Kursus
Cara Membuka Pelajaran
Saya ingin meningkatkan Bahasa Inggeris saya, kursus mana yang harus saya ikuti?
Jika ingin bermula dari asas, kursus Work Essential English kami paling sesuai. Jika anda lebih selesa untuk tahap sederhana, anda boleh cuba Kursus Business Essential English.
Adakah saya akan mendapat sijil?
Ya, kesemua kursus kami disertakan dengan sijil setelah berjaya menyelesaikan kursus serta mempunyai penyertaan dalam kelas.
Cikgu anda akan memberikan borang maklum balas kepada anda di akhir kelas anda. Setelah anda melengkapkan borang maklum balas tersebut, kami akan email sijil anda dalam masa 5-14 hari bekerja. Sekiranya anda telah menyelesaikan kursus belajar sendiri melalui aplikasi, anda akan diminta untuk memohon sijil setelah berjaya menyelesaikan kursus ini.
Bilakah saya akan menerima sijil saya?
Sijil biasanya dikeluarkan dalam masa 5 - 14 hari bekerja setelah borang maklum balas diisi.
Sekiranya tempoh masa ini telah berlalu dan anda masih belum menerima sijil anda, sila emel kami dengan membalas emel pengesahan yang anda terima semasa anda menempah kelas anda dan nyatakan pertanyaan anda.
Dengan cara ini, kami dapat mengesan butiran-butiran kelas anda dan membantu untuk mempercepatkan penyediaan sijil anda.
Aplikasi apa yang anda gunakan?
Kelas-kelas kami menggunakan Google Meet/Zoom. Anda boleh mengakses Google Meet/Zoom di desktop anda dengan menggunakan laman web anda, atau melalui telefon anda melalui laman web Chrome.
Setelah mendaftar untuk suatu kelas, anda akan mendapat e-mel pengesahan dengan pautan mesyuarat. Anda hanya perlu klik pada pautan kelas pada slot waktu anda untuk hadir ke kelas tersebut.
Apakah yang saya perlukan untuk menghadiri kelas?
Peserta-peserta memerlukan komputer atau telefon pintar dengan akses internet, dan akaun Google/Zoom untuk mendaftar masuk ke Google Meet/Zoom.
Bolehkah saya menutup video atau audio saya sepanjang kelas?
Ya, anda boleh menutup kamera dan mikrofon anda untuk melindungi privasi anda.
Untuk bertanya soalan, anda boleh klik butang 'raise hand' atau hantar soalan anda di ruangan Google Meet/Zoom Chat.
Mengapa saya tidak boleh menyertai kelas secara langsung atas talian?
Cikgu-cikgu kami hanya akan membolehkan para peserta memasuki kelas dalam masa 15 minit yang pertama. Ini akan membantu memastikan bahawa tidak terdapat terlalu banyak gangguan dalam pengalaman pengajaran dan pembelajaran para peserta.
Sekiranya anda tidak dapat menemui jawapan yang anda cari, sila berbual dengan seseorang ahli pasukan kami di Whatsapp.
Kami sedia membantu anda. Tinggalkan mesej anda di bawah ini.