Tentang Kami

Siapakah Kami

Kami adalah sekumpulan cikgu, dan penginjil pendidikan yang bersemangat tinggi dalam misi untuk memberikan pendidikan digital berkualiti tinggi kepada orang ramai. Lebih daripada 50,000 pelajar di seluruh Asia Tenggara telah belajar melalui aplikasi kami setakat ini - dan kami hanya baru bermula!

Apa Yang Kami Lakukan

Kami menjadikan Bahasa Inggeris, Kemahiran Digital dan Kemahiran Insaniah dapat diakses oleh semua orang dengan menyediakan kursus berkualiti tinggi yang berpatutan melalui aplikasi pembelajaran kami. Kami mengajar menggunakan bahasa ibunda pelajar, supaya ia tidak merasa asing atau menakutkan kepada mereka. Kami disokong oleh pengalaman hampir 30 tahun dalam Penyelidikan & Pembangunan (P&P) dan mempunyai 21 tahun pengalaman mengajar. Metodologi SOLS kami yang telah terbukti adalah selaras dengan Cambridge, serta memastikan anda layak untuk menduduki peperiksaan Cambridge apabila anda berjaya menyelesaikan kursus Work Essential English atau Business Essential English kami.

about us
about us

Mengapa Kami Melakukannya

Walaupun bahasa Inggeris adalah pasport untuk pekerjaan yang lebih baik, pengajian yang lebih baik dan keseluruhan kehidupan yang lebih baik, kami memahami bahawa memiliki kemahiran digital dan kemahiran insaniah yang baik akan memberi pelajar kelebihan dalam era teknologi ini. Pendidikan berkualiti tinggi tidak boleh eksklusif hanya untuk mereka yang mempunyai wang atau bersekolah di sekolah swasta yang mahal. Pendidikan harus inklusif. Ia harus dapat diakses oleh semua orang.

Hala Tuju Kami

Kami ingin melihat masa depan di mana sesiapa sahaja, tidak kira dari mana asalnya, mempunyai peluang yang sama untuk menawarkan kemahiran mereka dari rumah mereka ke mana-mana negara di seluruh dunia. Kami ingin memberikan peluang yang sama kepada semua orang untuk masa depan yang lebih baik.

Nilai Kami

Pembelajaran Berterusan

Pembelajaran tidak pernah berhenti. Kami amat percaya dengan pembelajaran yang berterusan. Kami mendorong rakan sepasukan untuk mengambil tahu tentang pengetahuan baru dan berkongsi apa yang telah mereka pelajari dengan pasukan, ini akan membantu kami untuk terus memperbaiki diri. Lebih banyak pengetahuan yang kita ada, semakin baik kita dapat melayani anda.

Peluang

Kami mewujudkan peluang dengan menyediakan persekitaran di mana orang dapat berkembang - tanpa mengira latar belakang mereka. Kami menghargai maklum balas dan kebebasan dan membolehkan setiap ahli pasukan untuk menguji idea mereka.

Kepelbagaian

Kumpulan SOLS edu terdiri daripada pelbagai latar belakang dan budaya dari seluruh dunia. Komited dalam kerja masing-masing, setiap individu menyumbang kepada sikap keterbukaan, kreatif dan saling menyokong antara satu sama lain. Hal ini juga diterjemahkan dalam aplikasi kami, yang mana sekarang tersedia dalam Bahasa pertuturan setempat iaitu Bahasa Malaysia, Mandarin & Bahasa Indonesia. Kami akan menambah lagi Bahasa lain pada masa akan datang!

about us

Anugerah & Pencapaian

2018 – Pemenang

Best Sustainability Leader awarded by EU-Malaysia Chamber of Commerce & Industry (EUMCCI)

2018 – Juara Komuniti

Astro Uruthunai Award

2017 – Pemenang

Social Entrepreneur of the Year, SME & Entrepreneurship Business Awards

2016 – Pemenang

UNESCO Wenhui Award for Educational Innovation